Sunday 18 November 2012

Tujuan Laman Blog

Assalam.

Tujuan utama saya memulakan laman blog ini hanya SATU...
Saya ingin membebaskan diri saya daripada pergantungan terhadap pemacu mudah alih atau mobile drive seperti thumb drive dan external hard-drive apabila berkongsi sebarang maklumat atau tugas sesama rakan guru. Alasannya amat mudah - saya tidak mahu menjadi "penternak virus yang berjaya".

Pada awalnya, saya banyak menggunakan bluetooth untuk berkongsi/memindah maklumat, namun ia agak terhad. Setelah berfikir dan memerah otak, saya akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan laman blog untuk tujuan tersebut tadi.

Dalam erti kata lain, laman tugascikgu.blogspot.com ini menjadi pejabat maya (virtual office) untuk saya berkongsi maklumat dan tugas sesama rakan guru, khususnya cikgu-cikgu di SMK Membakut II.

"Mun kitani ada barang baik atu, jan tah luki, kongsi tia bah, banar ja?"

No comments:

Post a Comment